Khamis, 7 Februari 2013

zaman persekolahan


Rindu

siapa tak rindu zaman sekolah memang penipu besar , haha .


hm , kalau aku diberi peluang , memang aku nak sekolah balik , serius aku nak sangat sangat . sumpah rindu zaman sekolah , walaupun tak sampai setahun jadi budak lepasan sekolah . ha'a lah , betul kata orang tua , zaman sekolah paling seronok . rugi kalau kita tak hargai .. tapi dulu bukan main lagi tak sabar habiskan zaman persekolahan , haha .

asyik asyik mesti bangun awal pagi nak pergi sekolah kan ? tapi aku tak , orang pukul lima dah bangun siap siap , sampai sekolah dalam enam setengah , aku pukul tujuh bangun , sampai sekolah pukul lapan , haha perhimpunan aku mesti tak ada . lagu sekolah pon lupa lupa , hehek . tengok juga , kalau cikgu tak nampak selamat lah aku , tapi kalau cikgu husaini a.k.a kurt angle nampak masuk lambat , kena lah ikut dia pergi bilik disiplin untuk menerima hadiah . haha bila aku ingat balik zaman sekolah aku mesti tergelak seorang seorang . nama sekolah aku smk telok gadong .


bila ingat balik kenangan lama ni terasa rindu sangat , rasa nak sekolah balik , best apa sekolah dulu tak payah fikir pasal kerja , dapat duit lagi ada . masa sekolah rendah lagi kelakar . first time sekolah kena ragging , yelah aku mana ada geng masa sekolah rendah dulu . bila kena buli diam je macam patung , haha . pada masa tu isu ragging ni tidak dibesar besarkan , tak ada pun nak mengadu kat mak bapak , simpan dalam hati je . kalau beritahu pon bukan mak bapak nak ambik kesah , disalahkan kita balik adalah .. baik senyap je .

Ragging

 . aku sentiasa memaafkan musuh musuh aku tapi tak pernah lupa nama mereka . aku ingat , orang panggil dia man monyet . setiap kali aku duduk , aku akan rasa bontot aku basah dan berlendir . sebab monyet  tersebut telah meletakkan gam di kerusi tempat aku duduk . kesian kan ? haha , masa darjah satu jea aku ni diperbodohkan . tapi bila masuk smk aku lah raja , cuma bab ragging ni aku tak suka , sebab aku baik orangnya , huhuhu .

Nakal Bukan Jahat


di sekolah dulu saya ni agak nakal juga .. bukan jahat ya , beberapa kali curi keluar sekolah sebab nak makan nasi lemak kat depan sekolah punya pasal . sedapnya tak sama kat kantin sekolah . kadang masuk balik , kadang kadang tak masuk langsung sekolah , lepak rumah kawan , sampaikan esoknya cikgu cari kat kelas . kena rotan jangan cakaplah tak tahu nak kira dah birat kat bontot ni. sekolah aku memang ketat sangat , masa buat sportcheck , ramai budak smktg kena tangkap sebab hisap rokok . sekali kantoi memang masak lah kena dengan cikgu khalif . banyak sebenarnya kejadian terlarang berlaku sepanjang zaman sekolah aku dulu , tapi cukuplah aku cerita sikit saja . hehe


SPM 2012

tepat jam 4 petang 29/11/2012 habis melukis untuk kertas seni . perkataan yang pertama keluar dari mulut ku alhamdulillah . finally freedom . dan sedikit air mata menitis di atas meja . gembira bercampur sedih . akhirnya zaman persokolahan ku tamat . daripada umur 6 tahun aku kenal apa itu erti sekolah sehingga hari ini 17 tahun . 12 tahun penat duduk didalam kelas . lepas ni aku nak melangkah kedunia lain . bermula lah hari cuti panjang kami . huhu . smktg ♥

1 ulasan:

  1. Bestnya zaman sekolah awak. Saya spm tahun 2010. Habis spm paper ekonomi(kertas paling last),kami semua berpelukan bergambar ucap bye bye camtu jer..xde conteng baju..kan best kalau dapat conteng baju.😂😂 Memang kenangan terindah dalam hidup semua orang.🥰🥰

    BalasPadam